Friday, April 1, 2011

Encik Rumi menulis.

Aku tak rasa aku boleh bertahan berhubungan dengan seorang perempuan yang ada perangai macam saiko sikit. Gila babas aku nak kenang kenangan lampau. Berikut adalah beberapa kenangan yang lampau aku bersama 2, 3 orang kawan perempuan dan beberapa orang yang baru nak jadi kawan:

1) Girlfriend aku nama Z, dua kali nak ugut nak cederakan diri kalau aku macam buat perangai macam ala-ala nak tinggalkan dia. Padahal baru dua minggu tak call pun. Gila ke aku nak call hari-hari? Macam tak ada benda penting yang lain dalam idup aku ni selain dia? wtf.

2) Aku usha pmpuan ni, dapat. Kemudian bila first date, tiba-tiba dia nak cerita semua masa silam dia kat aku. Aku maki dalam hati WTF! Perempuan ni. Ingat aku ni apa ke nak dengar semua cerita segala kucing mati, gagal periksa bla bla bla. 1st date ok! Kau tak payah nak cerita zaman jahil kau dulu.

3) Aku tumpang kereta kawan perempuan aku. Ntah apa diorang nak keja kt jalanraya. Padahal kitorang nak pergi rumah org kawin je pun yang jauhnya tak sampai setengah perjalanan. Dah tu bila aku tegur, dia jawab apa : "Hei, aku yang pandu aku punya suka la!" WTF! Sapa punya aweklah yang bengong mcm baghal ni.

4) Aku hargai perempuan nak melawa tapi biorler kena pada tempat. Kau besar, nak rasa jadi fashionista, tp aku segan juga nak lepak ng perempuan yang dressing mcm pokok krismas dah aku tgk.

5) Penah kenal satu awek. Comel sangat, kira kalau nak jadi stok bini pon ok. Tapi aku tak bleh blah bila dia kentut depan aku. Bukan sekali, tapi ada lah beberapa kali. Dia kata dia nak jadi awek cool dan selamba. Sayang, awak cool. Tapi tak sopan. Kentut dalam semak tu kira sopan. Failed. Aku taknak buang masa nak jadi doktor psiokologi free ni.

Aku tau, semua manusia tak sempurna. Tapi tolonglah jangan buat perangai pelik2 macam aku sebut tadi. MENAKUTKAN!

Penulis: Encik Rumi.




Tuesday, March 29, 2011

Jodoh dan Syurga.

Rasanya perempuan tak perlu nampak 'murah' untuk didekati. Buka aja hati itu. Ramai yang akan datang. Ramai yang single bimbang akan single sampai ke tua. Kita sebenarnya nak bimbang apa? Perintah Tuhan menyuruh kita berkahwin dan memanjangkan generasi. Tak lupa juga Tuhan menyediakan kita pasangan (bagi yang single) semasa di syurga. Apa kau tak yakin dengan janji Tuhan? Atau kau tidak yakin untuk dapat masuk ke dalam syurga? Itu satu hal lain.

Jodoh kita mungkin lambat. Ada yang sudah berkahwin, tetapi tiba-tiba kehilangan suami. Ditinggalkan hidup atau mati. Sama saja sebenarnya. Dan tiada sebab untuk seorang perempuan lain mengata si perempuan single sebagai anak dara tua. Tak elok, seolah-olah kita mempersoalkan pemberian Tuhan. Selalulah letak diri kita di 'kasut' orang lain. Bercinta dan bersuami belum tentu berdua sampai ke mati. Sedangkan bila mati, kita bersendirian di dalam lahad masing-masing. Faham apa yang saya sampaikan ini? Silalah berubah.

Perempuan

Dunia perempuan sangat menduga. Silap, betul, semuanya menjadi pertaruhan.

Kau budak-budak; hei, jangan keluar rumah!
Kau remaja; Kau jangan ikut perangai kawan kau.
Kau & SPM: Hah! inilah kesan kau berkawan dengan si K. Dapat C?
Kau & Universiti: Selagi tak habis belajar dan kerja, jangan cuba2 mahu bercinta.
Kau & Bekerja: Selagi tak dapat kerja tetap, jangan mimpi nak kawin.
Kau & Hobi: Hobi kau buang masa dan duit. Ntah apa kau dapat?
Kau & Teman Lelaki:
Kau & Nak Kawin: Nak kawin simple, dikata orang. Nak kawin grand, tak cukup duit.
Kau & Perkahwinan: Bila nak ada anak?
Kau & Suami: Mak bapa kau tak ajar ko ke dulu?
Kau & Belum Mengandung: Aku sihat, ntah pula isteri aku.
Kau & Sudah Mengandung: Wah tak menyempat.
Kau & Anak: Hah! Bila nak tambah lagi. Tak subur ke?
Kau & Beranak:
Kau & Menantu
Kau ...
Kau ....
Kau .....
Kau .......

Itu sisi hitam. Sebenarnya sangat banyak. Habis kau nak aku eloborate satu persatu. Damn NO. Memang payah menjadi seorang perempuan. Apa lagi zaman sekarang ni. Saya masih single, sudah lali mendengar itu semua. Apa yang mampu saya buat ialah, hanya tersenyum. Dulu-dulu saya melawan semula. Tapi bila difikir, nak lawan buat apa. Bila dah penat, diamlah mereka. Perempuan perlu kuat, walaupun hati kita ini seperti kerak nasi. Ya, menjadi si kerak nasi sampai ke tua. Hei, Nenek Wok pun masih ada suami berusia 37 tahun tau. Romantika sampai ke tua.

Dan, er.. dikata orang sampai ke tua. Diva sepanjang hayat.

So apa pendapat kamu? Simpanlah komen sebanyak mana.