Tuesday, March 29, 2011

Jodoh dan Syurga.

Rasanya perempuan tak perlu nampak 'murah' untuk didekati. Buka aja hati itu. Ramai yang akan datang. Ramai yang single bimbang akan single sampai ke tua. Kita sebenarnya nak bimbang apa? Perintah Tuhan menyuruh kita berkahwin dan memanjangkan generasi. Tak lupa juga Tuhan menyediakan kita pasangan (bagi yang single) semasa di syurga. Apa kau tak yakin dengan janji Tuhan? Atau kau tidak yakin untuk dapat masuk ke dalam syurga? Itu satu hal lain.

Jodoh kita mungkin lambat. Ada yang sudah berkahwin, tetapi tiba-tiba kehilangan suami. Ditinggalkan hidup atau mati. Sama saja sebenarnya. Dan tiada sebab untuk seorang perempuan lain mengata si perempuan single sebagai anak dara tua. Tak elok, seolah-olah kita mempersoalkan pemberian Tuhan. Selalulah letak diri kita di 'kasut' orang lain. Bercinta dan bersuami belum tentu berdua sampai ke mati. Sedangkan bila mati, kita bersendirian di dalam lahad masing-masing. Faham apa yang saya sampaikan ini? Silalah berubah.

Perempuan

Dunia perempuan sangat menduga. Silap, betul, semuanya menjadi pertaruhan.

Kau budak-budak; hei, jangan keluar rumah!
Kau remaja; Kau jangan ikut perangai kawan kau.
Kau & SPM: Hah! inilah kesan kau berkawan dengan si K. Dapat C?
Kau & Universiti: Selagi tak habis belajar dan kerja, jangan cuba2 mahu bercinta.
Kau & Bekerja: Selagi tak dapat kerja tetap, jangan mimpi nak kawin.
Kau & Hobi: Hobi kau buang masa dan duit. Ntah apa kau dapat?
Kau & Teman Lelaki:
Kau & Nak Kawin: Nak kawin simple, dikata orang. Nak kawin grand, tak cukup duit.
Kau & Perkahwinan: Bila nak ada anak?
Kau & Suami: Mak bapa kau tak ajar ko ke dulu?
Kau & Belum Mengandung: Aku sihat, ntah pula isteri aku.
Kau & Sudah Mengandung: Wah tak menyempat.
Kau & Anak: Hah! Bila nak tambah lagi. Tak subur ke?
Kau & Beranak:
Kau & Menantu
Kau ...
Kau ....
Kau .....
Kau .......

Itu sisi hitam. Sebenarnya sangat banyak. Habis kau nak aku eloborate satu persatu. Damn NO. Memang payah menjadi seorang perempuan. Apa lagi zaman sekarang ni. Saya masih single, sudah lali mendengar itu semua. Apa yang mampu saya buat ialah, hanya tersenyum. Dulu-dulu saya melawan semula. Tapi bila difikir, nak lawan buat apa. Bila dah penat, diamlah mereka. Perempuan perlu kuat, walaupun hati kita ini seperti kerak nasi. Ya, menjadi si kerak nasi sampai ke tua. Hei, Nenek Wok pun masih ada suami berusia 37 tahun tau. Romantika sampai ke tua.

Dan, er.. dikata orang sampai ke tua. Diva sepanjang hayat.

So apa pendapat kamu? Simpanlah komen sebanyak mana.