Jodoh kita mungkin lambat. Ada yang sudah berkahwin, tetapi tiba-tiba kehilangan suami. Ditinggalkan hidup atau mati. Sama saja sebenarnya. Dan tiada sebab untuk seorang perempuan lain mengata si perempuan single sebagai anak dara tua. Tak elok, seolah-olah kita mempersoalkan pemberian Tuhan. Selalulah letak diri kita di 'kasut' orang lain. Bercinta dan bersuami belum tentu berdua sampai ke mati. Sedangkan bila mati, kita bersendirian di dalam lahad masing-masing. Faham apa yang saya sampaikan ini? Silalah berubah.
Tuesday, March 29, 2011
Jodoh dan Syurga.
Rasanya perempuan tak perlu nampak 'murah' untuk didekati. Buka aja hati itu. Ramai yang akan datang. Ramai yang single bimbang akan single sampai ke tua. Kita sebenarnya nak bimbang apa? Perintah Tuhan menyuruh kita berkahwin dan memanjangkan generasi. Tak lupa juga Tuhan menyediakan kita pasangan (bagi yang single) semasa di syurga. Apa kau tak yakin dengan janji Tuhan? Atau kau tidak yakin untuk dapat masuk ke dalam syurga? Itu satu hal lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment